Soalan Lazim

Bilakah kempen bermula dan berakhir?

Setiap kempen akan bermula apabila pemilik kempen menyerahkan semua informasi dan dokumen yang diperlukan. Setiap kempen mempunyai (3) bulan maksima untuk mengumpul dana. Namun semasa pendaftaran, anda juga boleh memilih untuk mempunyai kempen dalam jangka masa yang lebih singkat.

Berapakah tempoh bagi setiap kempen?

Setiap kempen mempunyai (3) bulan maksima untuk mengumpul dana. Namun semasa pendaftaran, anda juga boleh memilih untuk mempunyai kempen dalam jangka masa yang lebih singkat.

Adakah boleh jika tempoh kempen kurang daripada (3) bulan?

Tempoh (3) bulan akan diberi secara automatik jika anda tidak memilih tempoh kempen yang lebih singkat.

Apakah Sapot?

Sapot merupakan aplikasi dalam talian yang bertujuan untuk mewujudkan kolaborasi komuniti bersama pengusaha kecil dan mikro. Ia menyediakan sebuah platform yang selamat dan telus, tersedia untuk pemilik perniagaan kecil bagi mengumpul dana yang diperlukan untuk perniagaan mereka sehingga RM10,000.

Mengapa dihadkan kepada RM10,000?

Kebiasaannya, perniagaan kecil tidak memerlukan modal yang lebih tinggi daripada jumlah ini pada setiap peringkat perniagaan mereka- sama ada pada permulaan atau dalam mod pertumbuhan.

Bagaimana untuk mengetahui bahawa pengusaha dan kempen adalah yang sah?

Setiap kempen pengumpulan dana akan diperiksa semula dan diluluskan oleh pentadbir Sapot bagi memastikan ianya memenuhi kriteria yang diperlukan. Sapot hanya akan meluluskan kempen yang menunjukkan objektif yang jelas bagi memulakan dan/atau mengembangkan perniagaan kecil mereka. Hanya pengusaha Sapot yang disahkan sahaja akan dibenarkan untuk melancar kempen pengumpulan dana; dan hanya Sapot - kempen pengumpulan dana yang telah disahkan dapat dilancarkan untuk "crowdfunding"

Adakah saya perlu mendaftar untuk menawarkan sokongan kepada kempen / perniagaan?

Anda perlu mengisi beberapa maklumat sewaktu anda menyokong sesebuah perniagaan. Maklumat ini adalah bagi memastikan yang anda menerima notifikasi mengenai resit rasmi pembayaran. Dengan menyokong sesuatu kempen, anda secara automatik telah berdaftar dengan Sapot. Anda akan menerima emel di mana anda akan diminta untuk mereka kata laluan.

Bolehkah saya menyokong kempen secara tanpa nama (anonymous)??

Anda boleh memilih untuk menyokong kempen tanpa menggunakan nama anda; namun, beberapa maklumat peribadi adalah diperlukan bagi memastikan yang anda menerima notifikasi mengenai resit rasmi pembayaran, dan ianya merupakan sebahagian daripada proses pematuhan kami.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar perniagaan?

Sebelum mengisi maklumat syarikat, sila pastikan anda mempunyai dokumen dan info yang telah disenaraikan :

  1. No. Pendaftaran SSM
  2. Sijil Perakuan Pendaftaran SSM (PDF atau gambar)
  3. Butiran akaun bank syarikat
Apakah dokumen lain yang diperlukan agar kempen saya diluluskan?

Sebeulm anda menerima dana yang telah dikumpulkan, Sapot perlu mengesahkan identiti anda melalui MyKad. SIla sediakan gambar MyKad anda (bahagian depan dan belakang) sebelum melalui proses pengesahan. Sapot menjamin bahawa semua maklumat yang disediakan adalah selamat dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga.

Adakah dokumen dan maklumat saya selamat dengan Sapot?

Sapot menjamin bahawa semua maklumat yang disediakan adalah selamat dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga

Berapa lamakah proses pengesahan akan diambil?

Semua proses pengesahan termasuk perniagaan, kempen dan maklumat peribadi akan mengambil tempoh 5 ke 7 hari waktu bekerja.