DANA UNTUK MESIN PENCUCI KARPET MASJID

Mesin & Peralatan

RM 10,000

Sapot Diperlukan
AH

Ahmad Husaini Bahaman

Identiti Sah
Saya merupakan usahawan dalam bindang pencucian sejak 2016 lagi selepas saya ditawarkan VSS daripada syarikat lama saya bekerja. Tahun 2021, saya nak kembangkan syarikat saya dengan menambah mesin dan pekerja lagi, doakan saya berjaya.
Puchong
Buka Profil
Perniagaan

UNCLE HUSAIN RESOURCES

Cuci karpet home delivery, ambil karpet di rumah klien, cuci di pusat cucian kami di Puchong, selepas siap kami hantar semula ke rumah klien.
Lot 8, lorong Kekwa, Kampung Sri Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Oleh UNCLE HUSAIN RESOURCES (002595219-H)
Perniagaan Sah
Buka Perniagaan

Tahukah anda karpet merupakah medium perangkap habuk yang sangat berkesan. Habuk dari persekitaran akan jatuh ke karpet. Bersin anda jatuh ke karpet. Air tertumpah jatuh atas karpet. Budak terkencing atas karpet.

.

Cuba kalau ia berlaku di masjid?

Lepas ambil wudhu kita mengesat kaki dekat karpet pintu masuk masjid kan..Kadang2 terbersin, lap guna tangan lepastu pergi kesat dekat karpet masjid? ada bawa anak2 terkencing atas karpet masjid. Tikus dan kucing pun suka juga datang masjid tau, siap kencing berak lagi..aduihh...dan macam2 lagi.

.

InsyaAllah, kami dengan hasrat yang murni ingat berbakti kepada Masjid yang memerlukan khidmat cucian kami, setakat ini sudah banyak surau-surau yang menggunakan perkhidmatan kami. Kami juga menawarkan upah cuci yang sangat rendah bagi surau-surau dan Masjid yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh.


Atas sebab itu, saya memerlukan sokongan anda semua agar hasrat murni kami pasukan cuci karpet dapat tercapai, Sudah pasti ia akan memberi keselesaan dan ketenangan kepada jemaah Masjid hasil daripada sumbangan anda.insyaAllah

Belum ada update lagi.
Sapot Telah Diterima

RM2,000

Diterima dari 1 Sapoters

Kemajuan
20.0%

Kempen ini dijadualkan untuk berakhir pada 2 August 2021 12:00am