MUHAMMAD ZUL ZHAFRAN SAAD
FARM FRESH DAIRY MILK ENTERPRISE
Saya merupakan seorang anak muda kampung yang cuba memajukan diri dalam dunia perniagaan. Menyertai bidang perniagaan ini bukanlah mudah. Memerlukan bantuan keluarga dan rakan-rakan bagi meringankan beban. Bantuan dan pertolongan semua pihak tidak dapat saya balas. Hanya uhan yang mampu membalas jasa baik anda semua.
Saya baru memulakan perniagaa dalam musim PKP pertama. Alhamdulillah saya baru sahaja selesai mendaftarkan syarikat dan membuka akaun bank bagi memajukan perniagaan. Namun niat saya untuk melihat perniagaan ini berkembang nampaknya pudar kerana beberapa halangan. Antaranya adalah peralatan menyimpan produk tenusu yang bernilai puluhan ribu tidak mampu saya beli.
Sehingga kini saya hanya mampu meminjam Freezer daripada kawan saya yang bersaiz kecil. Oleh itu berlaku limitasi dalam pengambilan stok. Saya terpaksa mengambil stok di tempat yang jauh berulang kali kerana tidak mampu menyimpan stok dengan banyak. Maka kos perjalanan an kos untung saya.
Susu segar tidak mampu bertahan lama jika terdedah dengan suhu panas. Ia mesti sentiasa dalam keadaan sejuk bagi menjaga kualitinya.
Oleh yang demikian, saya amat berharap kempen ini mampu membantu saya keluar daripada kemelut ini. Sekian saya dahulukan dengan ucapan terimakasih.
Alhamdulillah dan Terimakasih kepada SAPOT kerana memeberikan sumbangan berbentuk wang kepada Farm Fresh Dairy Milk Enterprise.
1. Perniagaan kami masih lagi aktif dan berjalan seperti biasa.
2. Sumbangan yang diberikan membantu saya. Saya gunakan sumbangan tersebut sebagai modal pusingan.
3. Pada asalnya tujuan permohonan tersebut untuk membeli Chiller yang bernilai RM10Ribu.
4. Namun oleh kerana sumbangan yang diberikan hanya RM2Ribu, maka saya hanya mampu gunakan sumbangan tersebut sebagai modal pusingan sahaja.
5. Kos modal untuk produk Farm Fresh sangat tinggi, bahkan setelah Farm Fresh baru-baru ini mengishtiharkan IPO Farm Fresh di Bursa Saham, harga Produk Farm Fresh juga meningkat.
6. Oleh yang demikian modal pusingan sangat penting selaras dengan permintaan yang meningkat bagi memastikan pelanggan kami tidak terputus bekalan terutama peniaga yang berasaskan susu di sekirar kawasan kami.
7. Dalam masa yang sama, Keperluan Chiller untuk menyimpan produk segar masih menjadi keperluan.
8. Sekiranya sumbangan ini dapat diteruskan hingga mencapai RM10Ribu kami sangat berbesar hati menerimanya.
9. Terimakasih SAPOT!